in , , ,

Musim Kedua Siri The Last of Us Disahkan Secara Rasmi Oleh HBO

Selepas hanya mengeluarkan dua episod, HBO secara rasminya telah mengesahkan musim kedua untuk siri televisyen The Last of Us.

Pengumuman awal penuh yakin ini tentunya dibuat setelah melihat dua episod pembukaan yang mendapat sambutan begitu memberangsangkan dari para penonton.

Dalam pengumumannya di Twitter, akaun rasmi siri itu menulis “Perjalanan diteruskan” dan menambah “The Last of Us akan kembali dengan musim seterusnya” sambil memuatnaik video logo yang memaparkan “Season 2”.

Tentunya mereka belum lagi mendedahkan sebarang butiran lanjut. Apakah plot yang akan diceritakan dalam musim kedua juga bergantung kepada pengakhiran musim pertama ini yang akan berakhir dengan episod kesembilan kelak.

Sekiranya musim kedua siri ini akan mengadaptasi game The Last of Us Part II, siapakah yang sesuai membawakan beberapa watak baharu seperti Abby, Dina dan lain-lain? Mulakan perbincangan korang.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Kisah Ibu Ellie Akan Diceritakan Dalam Siri The Last of Us Di HBO

Wan Hazmer Beri Respon Terhadap Persamaan No Straight Roads Dengan Hi-Fi Rush