in

Musim 2018/19 Dota Pro Circuit Major Akan Dimulakan Di Kuala Lumpur

Setelah tamatnya TI8, musim 2018/19 Dota Pro Circuit Major akan di di Kuala Lumpur buat pertama kali dan akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 November ini. Ia akan dibawakan oleh eGG Network dan juga penganjur bersama PGL dan Imba TV.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, kejohanan ini akan mendapat sokongan daripada Kementerian Belia & Sukan serta Majlis Sukan Negara Malaysia.

Peminat sudah boleh mendapatkan tiket ke di laman web rasmiĀ Kuala Lumpur Major, yang mana terdapat beberapa jenis tiket yang boleh korang beli (terima kasih, My Game On):

Immortal (RM600)

  • Mendapat tempat duduk yangĀ berdekatan pentas dan boleh menyaksikan perlawanan dengan pemandangan terbaik. Juga menerima Lanyard dan tag.
  • Goodie bag yang berharga RM150 dengan hadiah istimewa.
  • Cabutan bertuah.
  • Mendapat keutamaan untuk sesi Meet & Greet bersama pasukan profesional
  • Mendapat keutamaan untuk membeli kerusi gaming Secret Lab dengan harga istimewa.

Divine (RM330)

  • Free seatingĀ di bahagian bawah (lower ring).
  • Cabutan bertuah.
  • Mendapat keutamaan untuk membeli kerusi gaming Secret Lab dengan harga istimewa.

Ancient (RM180)

  • Layak untuk menyaksikan 3 hari perlawanan Dota 2.
  • Free seatingĀ di bahagianĀ atas (upper ring).

Bagi yang membeli tiket ini bermula 6 September hingga 16 September, korang akan menerima diskaun 20 peratus kalau korang adalah pelanggan U Mobile.

Early BirdĀ  akan menerima diskaun sebanyak 10% untuk pembelian pada 17 September hingga 30 September. Untuk tiket pada harga biasa akan bermula dijual lebih awal sebelum 10 Oktober. Tarikh akan diumumkan nanti.

Written by Amirul ProtoBlade

Guest-writer di JomGaming.my ini sedang mengenali dunia journalism. Peminat dunia Dota 2. Beliau seorang player yang mengambil role carry(main) dan support(jika perlu). Steam ID: Protoblade

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Mode Battle Royale CoD Black Ops 4 Akan Boleh Dimainkan Lebih Daripada 80 Pemain!

Shadows: Awakening: Boleh Beli or Boleh Blah!?