in , ,

Mushi Tinggalkan Fnatic DotA 2!

Arena DotA 2 tempatan dan antarabangsa kehilangan bakat besar apabila Fnatic mengumumkan pengunduran Mushi daripada pasukan DotA 2 mereka!

Selepas dua tahun setengah bersama Fnatic, 5 pertandingan Major dan pelbagai usaha bersama memajukan pasukan DotA 2 mereka – Fnatic telah mengumumkan pengunduran Mushi di laman rasmi mereka.

Menurut pengumuman tersebut, Mushi memilih untuk menarik diri daripada pasukan tersebut supaya Fnatic dapat mencari cara untuk terus maju ke hadapan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Fnatic kerana menyokong saya sejak dari mula, dan kepada rakan pasukan saya di atas sokongan mereka. Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat saya yang terus menyokong di waktu susah dan senang.
Buat masa ini, saya meninggalkan Fnatic sebagai seorang pemain. Saya tidak pasti tentang perancangan masa hadapan saya buat masa ini, tetapi saya ingin cuba meneroka persekitaran baru.” 
Yee Fung “Mushi” Chai

Chong Xin “Ohaiyo” Khoo dan Yong-min “Febby” Kim masih kekal di Fnatic, dan masih diuruskan oleh Eric “reinnnn” Khor Wei Soon. Semoga mereka dapat memenuhkan roster Fnatic DotA 2 dengan bakat-bakat baru dan meneruskan impian mereka menjadi sebuah pasukan DotA 2 yang disegani.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pengarah Overwatch Mahu Sony Dan Microsoft Haramkan Penggunaan Mouse/Keyboard Di Konsol

Download Open Beta Bagi For Honor Sekarang Dan Cuba Hujung Minggu Ini!