in , , , ,

Multiplayer Untuk Cyberpunk 2077 Mungkin Akan Dilancarkan Selepas Tahun 2021

CD Projekt Red telahpun mengumumkan bahawa Cyberpunk 2077 telah ditunda tarikh pelancarannya ke September 2020.

Maka, timbul persoalan, kalau game itu sendiri telah ditunda, bila pula bahagian Multiplayer dalam game tersebut akan dikeluarkan? Ini disebabkan mereka telah mengesahkan sebelum ini bahawa Multiplayer akan dikeluarkan beberapa waktu selepas game itu dilancarkan.

Ketika bercakap kepada para pelabur, CD Projekt Red telah mendedahkan bahawa seksyen Multiplayer dalam Cyberpunk 2077 juga akan mengalami sedikit kelewatan, dan ia mungkin hanya akan dilancarkan selepas tahun 2021, lapor IGN.

Ketika ditanya oleh pelabur tentang sama ada Multiplayer akan dikeluarkan pada tahun 2021 ataupun tidak, ini jawab Michał Nowakowski, wakil CD Projekt Red:

“Memandangkan Cyberpunk 2077 dijadualkan dilancarkan pada September, dan bercakap tentang beberapa acara yang akan berlaku selepas tarikh itu, 2021 mungkin bukanlah waktu pelancaran untuk Multiplayer dalam Cyberpunk.”

Dalam jangka waktu dari pelancaran game itu sehingga bahagian Multiplayer dikeluarkan, pastinya CD Projekt Red sudah merancang pelbagai DLC menarik untuk single-player. Lihatlah bagaimana mereka telah sajikan kepada peminat dengan DLC yang cukup mantap dalam The Witche 3: Wild Hunt.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 17 September 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Witcher Netflix: Gandingan Mantap Geralt Dan Yennefer Yang Mengejutkan

Penerbit Buku The Witcher Umumkan 500,000 Cetakan Semula Selepas Fenomena Siri TV Netflix

Melihat Fanart Ini Akan Buat Korang Seperti Mahu PlayStation Dan Nintendo Bikin Game Bersama

Melihat Fanart Ini Akan Buat Korang Seperti Mahu PlayStation Dan Nintendo Bikin Game Bersama