Teringin untuk mencuba Titanfall 2? Mungkin ini adalah masanya.
Bagi mereka yang belum berpeluang mencuba keluaran terbaru Respawn Entertainment, mode multiplayer Titanfall 2 akan boleh dicuba pada hujung minggu ini secara percuma oleh pemain-pemain di PC, PS4 dan juga Xbox One.
Bagi mereka yang mempunyai subsripsi Origin/EA Access boleh mula mencuba Titanfall bermula pada 30 November manakala untuk semua pemain bermula pada 2 Disember dan berakhir pada 4 Disember ini.
Pada hujung minggu ini juga, DLC percuma pertama bagi Titanfall 2 akan terbitkan yang telah diberi nama “Angel’s City Most Wanted” dan bakal memberi pemain akses kepada pelbagai content baru seperti, map, senjata, Titan dan pelbagai hiasan kosmetik in-game.
Sumber dari Titanfall 2.
Comments
Loading…