in , , , ,

Multiplayer Cyberpunk 2077 Terpaksa Dibatalkan Kerana Pelancaran Yang Kucar-Kacir

Pada asalnya, CD Projekt Red ingin mengeluarkan game Cyberpunk versi multiplayer selepas pelancaran Cyberpunk 2077.

Malangnya menurut Eurogamer, semuanya berubah selepas pelancaran Cyberpunk 2077 yang kucar-kacir.

Seperti yang kita semua tahu, selepas ditunda tiga kali, Cyberpunk 2077 hadir ke platform PC dan konsol dengan pelbagai masalah teknikal.

Ketua quest designer dan koordinator Phillip Weber berkata, pihaknya perlu melihat di manakah keutamaan untuk Cyberpunk 2077 selepas dilancarkan.

Keutamaan itu adalah orang-orang yang bertanggungjawab terlibat dalam banyak projek. Namun, perubahan rancangan membuatkan projek-projek lain terpaksa dibatalkan.

Dengan Cyberpunk 2077, CD Projekt Red mahu melakukan banyak perkara dalam masa yang sama. Dan pihak mereka mahu fokus kepada aspek apa yang bagus kepada game tersebut.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

GigaBash Kini Lebih Meriah Dengan DLC Godzilla, Cross-Play, Lebih Banyak Mode

Reboot Siri Uncharted Dilaporkan Dalam Pembikinan, Tapi Bukan Dari Naughty Dog