Multiplayer untuk Call of Duty: Infinite Warfare boleh anda mainkan secara percuma pada hujung minggu ini di Steam.
Para gamers di PC boleh menikmati Multiplayer game ini, namun tidak termasuk story campaign dan mode Zombies. Walau bagaimanapun, tiada had level atau level cap untuk sesi percuma Multiplayer ini – anda boleh naikkan level seperti dalam game penuh.
Kemudian, progress yang diperoleh semasa sesi percuma ini akan boleh anda bawa ke game penuh, sekiranya anda berhasrat untuk membelinya nanti.
Anda boleh muat turun sesi percuma ini sekarang dan boleh terus mainkannya sehingga 27 Februari 2017, 2 pagi. Saiz untuk fail ini adalah kira-kira 70 GB.
Sumber: Gamespot
Comments
Loading…