Sony teguh dengan pendirian Days Gone boleh terjual sebagai game single-player!

Days Gone, sebuah game zombie di dunia pasca-apokalips ini akan diterbitkan sebagai game single-player, open world yang akan memberi tumpuan kepada penceritaan.

Bagaimanapun, CEO Saber Interactive yang membangunkan game World War Z pernah mengusulkan mode multiplayer untuk Days Gone yang dibangunkan oleh SIE Bend Studio. Sony bagaimanapun menolak usul tersebut.

“Kami sudah memulakan pembangunan mode multiplayer tersebut apabila Sony menolak usul tersebut. Melihatkan bagaimana Sony mempromosi serangan gerombolan zombie tersebut, kitorang mampu menampilkan elemen tersebut daripada teknologi World War Z. Kini, Sony kurang menumpukan pemasaran bagi gerombolan zombie itu, sebaliknya saya fikir, lebih kepada aspek penceritaan game itu.

Ada antara korang yang rasa mode multiplayer patut ada dalam game Days Gone ini? Betul ke tindakan Sony? Cuba komen sikit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.