Penulis bangun tidur dan terus melihat video terbaru dari Nintendo, mengumumkan game RPG pertama Pokemon di Switch bersama Pikachu dan Eevee — terus melompat keluar katil! Comel, kan?

Pagi tadi di Pokémon 2018 Video Game Press Conference, Pokémon Let’s Go! Pikachu dan Let’s Go! Eevee telah diumumkan dibangunkan oleh Game Freak. Diinspirasikan daripada game Pokémon Yellow. Pelbagai elemen nostalgia telah dibawa masuk ke dalam game ini hanya dengan 151 Pokémon yang asal termasuk variasi Alolan dan juga kemunculan Team Rocket serta karakter-karakter yang berada dalam siri animasi!

Tengok Pikachu dia pakai baju matching dengan tuan dia!

Bermula dari Pallet Town, bawa Pikachu atau Eevee korang bersama seluruh daerah Kanto. (sebab diorang takkan masuk Pokeball dan nak jalan dengan tuannya) Kali ini dalam siri Let’s Go, korang tidak akan berlawan dengan pokemon secara rambang apabila berjalan di dalam semak-semak atau gua. Kiranya mekanik penangkapan Pokémon adalah seperti di dalam Pokémon Go di mana trainers harus membaling Pokeball di dalam gegelung. Tak pastilah kalau curve ball menjadi. Ingat pakai strap nanti pecah TV!

Go Park. Masukkkan Pokemon yang korang tangkap menggunakan Pokemon Go diluar dan bela meraka dalam Switch korang!

Uuu, bersembang pasal Pokeball pula, Pokéball Plus akan dijual secara asing untuk menangkap serta membawa Pokemon korang tangkap berjalan jalan dalam Pokéball. (Baru je cakap tadi dalam game tak nak masuk Pokéball, luar game nak pulak) Harga Pokéball Plus di Jepun akan diual pada 4,980 Yen, harga luar dari Jepun belum ditentukan. Nintendo mengesahkan bateri Pokéball Plus bertahan dalam 3 jam. Pokéball Plus juga boleh digunakan untuk Pokemon Go. #RipPokemonGoPlus

Kene start bawa power bank dengan Pokeball dah ni

Pokémon! Let’s Go hanya memerlukan satu kontroler Joy-Con di mana diguakan sebagai ‘Pokéball’. Korang siap boleh bawak lagi seorang rakan untuk berlawan bersama trainer lain dan mengalahkan Gym Leader di setiap bandar! Berlawan bersama trainer lain, kemungkinan besar game ini akan menjadi online? Hmm, kita tunggu maklumat lebih lanjut tentang itu dari Nintendo.

2 trainers, 1 console! #Doublethefun

Korang juga dapat memakaikan aksesori dan baju kepada Pokemon korang. Tengok Eevee ni, ready for patrol! Mari kita berdoa agar baju yang cantik-cantik tidak berada di dalam kategori microtransaction.

Paling best sebenarnya adalah intergrasi bersama Pokemon Go. Tak sia sia eh Pokemon yang kita tangkap masa raya 2 tahun lepas (dan kemungkinan sekarang korang tak main dah Pokemon Go) boleh dibawa masuk serta dibela di dalam Go Park, tempat Trainer menyimpan pokemon mereka dari Pokemon Go. Korang juga boleh menggunakan Pokemon tersebut untuk berjalan-jalan seluruh Kanto ha!

Terbang tinggi tingggi wahai cicak naga api ku

Lupakan cable yang leceh seperti di GameBoy dulu nak trade Pokémon. Sekarang tak nak trade pon takpa, hantar present je terus! Dari Switch ke Pokémon Go pon boleh? OMG Nintendo, ini memang win. Multi platform ftw.

Terasa tak hype dia? Pokémon: Let’s Go merupakan salah satu antara 3 game Pokémon yang diumumkan pagi ini. Pokemon Quest kini berada di Switch secara percuma untuk bermula dan siri ‘core’ yang bakal diumumkan untuk 2019. Pokémon Let’s Go akan berada di pasaran (berharga 5,980 Yen di Jepun) sekali dengan Pokéball Plus pada 16 November 2018.

Kalau korang nak sambung main Pokémon Go, inilah masanya. Kebetulan Alolan Exeggutor dah mula spawning dalam map! Semoga berjaya Trainers! Gotta catch em all!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.