in , , , ,

Muka Hadapan PES 2019 Telah Dimuktamadkan, Lihat Philippe Coutinho Dan Rakan-Rakan Barcelona!

Kehangatan musim baru bola sepak semakin dirasai!

Sebelum ini, kita telahpun mengetahui yang Philippe Coutinho akan menghiasi muka hadapan PES 2019. Terkini, Konami telah mendedahkan rekaan muktamad muka hadapan game bola sepak akan datang daripada mereka itu.

Untuk pasaran global, Countinho akan ditampilkan secara berseorangan, meletakkan beliau yang sedang bersemangat meraikan jaringan. Manakala, untuk pasaran Asia, PES 2019 (dikenali juga sebagai Winning Eleven 2019) akan dihiasi dengan barisan lima pemain Barcelona, yang turut meletakkan Coutinho sebagai bintang utama. Empat pemain lain pula ialah Lionel Messi, Luis Suarez, Ivan Rakitic dan Sergio Busquets.

Semestinya rekaan muka hadapan ini hanyalah untuk platform PS4 dan Xbox One, memandangkan PES pada tahun ini sudah mula meninggalkan platform generasi terdahulu, iaitu PS3 dan Xbox 360. Untuk platform PC (Steam) pula, hanya versi digital dikeluarkan.

Korang boleh saksikan kedua-dua versi muka hadapan PES 2019 ini di bawah:

Muka hadapan PES 2019 untuk pasaran global.
Muka hadapan PES 2019 untuk pasaran Asia.

Seperti biasa, para pemain di Asia (khusus kepada pengguna PS4) sentiasa digalakkan (baca: sepatutnya) membeli PES 2019 yang dikeluarkan untuk pasaran Asia (yang turut tertera ‘Winning Eleven 2019’ di muka hadapan) bagi memberi mesej kepada Konami bahawa rantau ini mempunyai bilangan pemain yang ramai, fanbase yang besar. Selain itu, ia juga turut membantu pengalaman gameplay online yang lebih lancar dan stabil kerana bermain dengan para pemain dari rantau ini.

Versi demo PES 2019 akan diumumkan Konami tidak lama lagi. Game penuh PES 2019 akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 30 Ogos ini.

JomBaca: Video Montaj Gameplay Terbaru Ini Akan Buat Korang Nak Main PES 2019 Sekarang


 

PRE-ORDER PRO EVOLUTION SOCCER 2019

Deposit RM50 SAHAJA

FREE exclusive T-SHIRT PES2019 — Pre-order terus ke Facebook YC Games Station (Kuala Lumpur) & Kuppy Station (Terengganu)

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

TM Umum Plan Unifi Baru, 30Mbps Pada Harga Bawah RM100, Bakal Tiba Bulan Ini

Pelanggan Unifi Dan Streamyx Sedia Ada Juga Akan Mendapat Naik-Taraf Khas