in , , , , , ,

Muazz Mara Ke Separuh Akhir Di PES World Finals, Malaysia Bawa Pulang Lebih RM40,000

Semalam telah berlangsungnya eFootball.Open 2019-2020 World Finals, atau lebih dikenali sebagai kejuaraan dunia PES yang dianjurkan secara rasmi oleh Konami.

Seperti yang kita ketahui, dua pemain PES negara, Ahmad “Maul” Muazz dan Ahmad “Dragon” Yazid, telah mencipta nama sebagai pemain pertama Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke kejuaraan dunia rasmi PES.

Maul yang menggunakan nama “VNGLMHTS” dalam kategori PC (Steam) telah mengharumkan nama negara apabila berjaya meloloskan diri sejauh separuh akhir — sekaligus membawa pulang USD7,500 (~RM31,724).

Di peringkat kumpulan, beliau berjaya menundukkan sebacab96 dengan jaringan 3-4, sebelum tewas kepada Ronaldo7, juga dengan jaringan sama. Berada di kedudukan nombor dua, beliau lolos ke separuh akhir dan bertemu pula dengan Erkobra18. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila tewas 2-1, sekaligus menamatkan kempen World Finals beliau.

Ketika dihubungi JomGaming, Maul memanjatkan kesyukuran apabila berpeluang untuk beraksi di pentas dunia. Walaupun sedikit kecewa tidak dapat menempah nama ke perlawanan akhir, beliau tetap redha dengan rezeki berjaya ke separuh akhir.

“Sangat bersyukur dapat peluang beraksi di eFootball.Open World Finals,” ujar Maul. “Memang impian untuk bersaing di World Finals. Tak sangka ianya datang dalam masa 3 tahun saya main secara kompetitif dalam PES. Sedikit ralat melepaskan peluang untuk ke perlawanan akhir. Tapi keseluruhannya sangat, sangat bersyukur, tak tahu apa lagi nak diucapkan. Dapat sampai di pusingan ini memang sangat sukar, kelayakan 3 hingga 4 lapis. Rezeki sampai di separuh akhir sahaja dan saya memang sangat bersyukur.”

“Terima kasih kepada keluarga, sahabat rapat, WASD Project, PES Malaysia sepanjang World Finals ini. “Syukur keluarga memberi berkat tak balik raya tahun ini untuk menghadapi World Finals.”

Prestasi Dragon, yang berentap dalam kategori Xbox One, juga tidak menyebelahinya apabila terkandas awal di peringkat kumpulan. Beliau terpaksa akur dengan pemain-pemain handalan dalam kumpulannya apabila tewas kepada kedua-dua pihak lawan, JoanStrife89 (0-1) dan ThePhenom3392 (3-0).

Walau terkandas awal, Dragon tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut memperoleh wang sebanyak USD2,000 (~RM8,460).

Melalui kedua-dua pemain ini, wakil dari Malaysia berjaya membawa pulang kira-kira RM40,184.

Kelazimannya, World Finals yang dikendalikan Konami akan melangsungkan acara tahunan besar-besaran secara offline di stadium bola sepak sebenar terkemuka di Eropah. Namun, disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini, acara pada tahun ini hanya mampu dilakukan secara online di kediaman masing-masing.

Apabila bertarung secara online menentang pemain dari negara-negara yang secara geografinya jauh di rantau yang berbeza, semestinya ia mengundang sambungan Internet yang lagging, sekaligus memberikan impak besar kepada gameplay pemain. Ketika ditanyakan isu ini kepada Maul, ini jawab beliau:

“Untuk PC [Steam], rantau Amerika ada 2 bar connection. Untuk Eropah, okay tiada bar, tapi line berat sikit. Selepas format World Finals diumumkan, dah jangka ini salah satu cabaran. Semasa separuh masa pertama dalam perlawanan separuh akhir, memang main dengan sangat berhati-hati, tak nak melepaskan silly mistake. Ini bukanlah alasan, sebab semua pemain menghadapi situasi yang sama.”

Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada kedua-dua pemain serta semua pihak yang terlibat dalam kejayaan di pentas dunia PES ini. Semoga kita mampu lebih mengaum pada tahun hadapan!

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Pembangun Fall Guys Harap Mereka Boleh Ikuti Kejayaan Rocket League

Pembangun Fall Guys Harap Mereka Boleh Ikuti Kejayaan Rocket League

Aria Chronicle: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Aria Chronicle: Boleh Beli or Boleh Blah!?