Siapa yang pernah bermain siri game Overcooked, pastinya sudah mengetahui bagaimana seronok dan lucunya bermain game yang seperti ini.
JomBaca: Overcooked 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?
Terbaru, penerbit Overcooked, Team17 telah mengumumkan kerjasama bersama pembangun SMG Studio untuk menerbitkan game terbaru, yang digelar Moving Out.
We’ve partnered with @SMGstudio and DevM Games to bring @MovingOutGame to #NintendoSwitch, #PS4, #Xbox One and PC in 2020!
Learn more: https://t.co/ZHHO0xx7ZJ pic.twitter.com/vTSLnzqt8e
— Team17 (@Team17Ltd) August 29, 2019
Dari trailer yang telah dikeluarkan, semestinya game ini bakal membawakan aura seperti Overcooked. Namun, jika Overcooked menyajikan kehuru-haraan di dapur untuk menyediakan makanan dengan pantas, Moving Out pula membawakan pengalaman berpindah rumah dengan mengangkat perabot keluar dari rumah.
Game co-op ini memerlukan para pemain bekerjasama untuk mengangkat barangan-barangan rumah seperti sofa, dapur masak, katil, komputer, dan banyak lagi ke satu lokasi yang perlu melalui jalan berliku seperti jalan raya, kandang-kandang haiwan, kolam renang dan lain-lain. Antara halangan yang diperlu dihadapi ialah dikejar hantu, piano bergerak, kereta lalu-lalang, rumah yang sempit dan bermacam lagi.
Di bawah ialah beberapa screenshot yang didedahkan di laman web rasmi Moving Out:
Game ini dijadualkan dilancarkan pada tahun 2020 untuk PC (Steam), PS4, Xbox One dan Switch.
Comments
Loading…