Dah lama mengumpul untuk Mortal Kombat 11 tapi tabung belum cukup? Ini ada berita gembira untuk korang!

Mortal Kombat 11 boleh dimainkan secara percuma pada hujung minggu ini, atau secara tepatnya pada 11 hingga 14 Oktober ini. Walau bagaimanapun, ia hanya berlangsung di PS4 dan Xbox One, tiada untuk PC dan Switch.

Semua kandungan yang boleh diakses para pemain dalam sesi ini termasuklah online multiplayer dan kesemua karakter, kecuali ada sedikit kekangan untuk kandungan story mode. Story mode hanya boleh dimainkan untuk dua chapter pertama sahaja.

Selamat berhujung minggu bersama fatality.

JomKomen!