in ,

Monster Hunter World Kini Ditambah Sebagai Antara Game Percuma PlayStation Plus

Tanpa sebarang pengumuman, Monster Hunter World di PS4 secara mengejutnya telah ditambah sebagai antara game percuma kepada pelanggan PlayStation Plus.

Game ini boleh dimasukkan ke dalam akaun PlayStation secara percuma bermula hari ini hingga 22 April. Ia akan menjadi milik korang buat selamanya, selagi mana korang melanggan PlayStation Plus.

Korang boleh dapatkannya di PlayStation Store.

Ini pastinya hadiah yang cukup baik kepada pemain seluruh dunia, terutamanya kepada rakyat Malaysia yang kini berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan. Satu lagi game boleh dimainkan selepas Assassin’s Creed Odyssey juga mengadakan sesi percuma pada hujung minggu ini.

Terima kasih, Aksiz.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

Info Rasmi Baru Untuk PS5 Akan Dikongsikan Sony Pada Tengah Malam Ini

Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

PS5: Kurang Daripada 100 Game Akan Menyokong Fungsi Backward Compatibility Semasa Pelancaran