in , , , ,

Monster Hunter: World – Gameplay, Screenshot Dan Info Dari Tokyo Games Show 2017!

Macam-macam info ada! Tak sabar tunggu Monster Hunter: World la camni!

Dalam Monster Hunter: World, pemain akan berpeluang untuk mengubahsuai wajah dan jantina watak Hunter mengikut kegemaran masing-masing. Tidak seperti keluaran-keluaran sebelumnya, Capcom mempastikan pilihan yang pelbagai disediakan bagi pemain untuk mencipta watak yang unik disamping preset-preset yang sudah sedia ada.

Disamping itu, pemain juga berpeluang untuk mengubahsuai Palico mereka sendiri, watak kucing yang bakal meneman pemain semasa berburu nanti!

Selain daripada menemani pemain, Palico juga mampu berinteraksi dan berunding dengan makhluk-makhluk liar dalam dunia Monster Hunter nanti. Jika berjaya, makhluk-makhluk ini juga akan menemani pemain semasa proses berburu. Namun begitu, ianya hanya pada masa yang terhad.

Apalah dunia Monster Hunter tanpa monster, betul? Capcom telah berkongsi antara dua raksasa yang bakal menjadi buruan ramai apabila Monster Hunter: World diterbitkan kelak.

Monster Hunter: World – Zorah Magdaros

Zorah Magdaros dikategorikan sebagai Elder Dragon yang sentiasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain dan dikatakan membawa gunung berapi dibelakang badannya!

Monster Hunter: World – Nergigante

Nergigante juga dikenali sebagai Extinction Dragon merupakan raksasa yang boleh mengakibatkan kemusnahan melampau tanpa mengendah kecederaan yang berlaku pada tubuhnya.

Astera akan bertindak sebagai markas kepada pemain apabila mula melakukan eksplorasi dalam dunia Monster Hunter: World kelak.

Quest Board – Tempat mendapatkan senarai buruan bagi pemain kelak!

Disini, pemain akan boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti mendapat senarai buruan, mencipta senjata/armor dan juga memasak!

Dikenali sebagai Smithy, pemain akan berpeluang untuk mencipta atau menaik-taraf senjata dan armor disini.

Jangan ingat watak pemain sahaja boleh dinaik-taraf! Palico, kucing comel korang pun akan mempunyai peluang untuk menaik-taraf nanti dalam Monster Hunter: World.

Seperti yang dikatakan tadi, pemain bakal berpeluang memasak nanti dan ianya di Canteen! Dengan makanan-makanan ini, pemain boleh mengembalikan stamina dan juga memberikan efek-efek tambahan yang bakal membantu dalam sesi berburu kelak.

Semasa mengembara dalam dunia Monster Hunter: World, pemain akan kerapkali menggunakan Ecology Map. Ia akan membekalkan pelbagai informasi yang berguna dan navigasi kepada pemain.

Tak puas lagi dengan info yang kami berikan? Saksikan sidang media Monster Hunter: World yang telah berlangsung di Tokyo Game Show 2017 dibawah!

Monster Hunter: World dijadualkan terbit pada 26 Januari tahun hadapan bagi PlayStation 4 dan Xbox One. Tarikh bagi PC bakal diumumkan kelak.

Sumber: GamesTalk.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Project Nimbus – Pertarungan Mecha Hiper-Pantas Diumumkan Untuk PS4

Koei Tecmo Umum Atelier Lydie & Suelle: The Alchemists and the Mysterious Paintings Di TGS 2017