Untuk segmen Boleh Beli or Boleh Blah kali ini, kita akan mengupas tentang game Monster Hunter: World, yang telah dilancarkan di PS4, Xbox One dan untuk masa akan datang, PC!

Game ini dihasilkan oleh Capcom dan kembali semula kepada home console setelah bertapak lama di konsol portable!

Game ini adalah game hunting action, di mana korang memburu raksasa untuk mendapatkan senjata dan armor, dan ianya amat popular di Jepun! Untuk MHW, Capcom telah membuat pelbagai perubahan untuk menarik pemain baru. Jadi, macam mana game ini ya? Bagus atau tidak? Jom, kita baca!

AMARAN!:
Game ini bukan untuk mereka yang kurang rasa sabar dalam diri mereka ataupun teramat casual. Ianya agak grindy, di mana korang perlu memburu raksasa berulang kali, dapatkan material daripada raksasa tersebut, buat/upgrade senjata dan armor untuk berhadapan raksasa yang lebih hebat pula nanti. Ulang semula langkah  tadi 30 kali lagi. Nanti korang menyesal pulak beli game ini, baru tahu! Jangan cakap kitorang tak warning!

Apa yang kurang bagus pasal game ini?

Pertama sekali, plot cerita game ini hanya pada tahap biasa sahaja. Jika korang mengharapkan penceritaan yang boleh menggamit jiwa dan satu penceritaan yang lain daripada yang lain, ini bukan game untuk korang. Naratif yang ada di dalam game ini cuma untuk menarik pemain baru yang merasakan siri game Monster Hunter kurang penceritaan.

Selain daripada itu, sistem squad sedikit mengelirukan. Game ini lebih seronok dan agak mudah jika dimainkan bersama rakan-rakan. Bagaimanapun, sistem tersebut agak kurang intuitif di mana korang perlu berada di dalam online session yang sama untuk boleh menyertai quest yang sama. Ini akan menyukarkan korang sekiranya korang hendak main dengan kawan-kawan korang.

Apa yang bagus tentang game ini?

Ada banyak perkara yang menjadikan game ini satu game yang sangat seronok untuk dimain, antaranya ialah penambahbaikan elemen gameplay menguatkan lagi keseronokan bermain, grafik dan cinematik game yang mengancam dan kepelbagaian jenis raksasa dan quest memberikan korang cabaran dan kepuasan yang terbaik!

Penambahbaikan elemen gameplay menguatkan lagi keseronokan bermain!
Pertama sekali, penambahbaikan elemen gameplay menguatkan lagi keseronokan bermain! Banyak perubahan dilakukan untuk installment ini untuk memudahkan dan melancarkan pengalaman bermain.

Antaranya adalah pengawalan setiap senjata lebih mudah dan lancar, di mana butang-butang yang digunakan untuk aksi telah dipermudahkan untuk game ini. Saya merasakan senjata-senjata yang saya gunakan sebelum ini lebih efektif dan seronok untuk digunakan! Video oleh Gaijinhunter ini boleh terangkan serba sedikit tentang beberapa senjata di dalam game ini.

Di samping itu, game ini juga mempunyai peta open-world! Tiada load time bagi setiap kawasan di dalam peta dan kawasan persekitaran lebih cantik dan sesuai untuk diterokai! Namun begitu, jangan bimbang. Walaupun peta open-world, scoutfly akan tolong korang untuk mencari raksasa untuk quest dengan mudah!

Antara tempat yang korang boleh pergi di dalam game!

Grafik dan cinematik game yang mengancam!
Di samping itu, grafik dan cinematik game ini juga mengancam! Capcom telah memberikan lebih fokus untuk grafik dan cinematik untuk installment ini, jadi grafik game Monster Hunter kali ini nampak lebih mengagumkan daripada game sebelumnya.

Karakter rekaan korang juga ada di dalam setiap cutscene!

Ditambah pula dengan cinematik game seperti game taraf AAA, game ini menjadi satu game yang amat cantik dan memikat mata dan hati! Ianya satu keberkatan bagi pemain MH lama mahupun baru untuk bermain game yang secantik ini!

Kepelbagaian jenis raksasa dan quest memberikan korang cabaran dan kepuasan yang terbaik!
Selain itu, kepelbagaian jenis raksasa dan quest memberikan korang pelbagai cabaran dan kepuasan terbaik! Terdapat pelbagai raksasa di dalam game untuk korang buru, jadi ada pelbagai ganjaran untuk korang, seperti set armor dan juga senjata yang unik bagi setiap raksasa.

Di samping itu, setiap satu daripada mereka mempunyai corak serangan dan perangai yang berbeza, jadi korang kena perhatikan diorang betul-betul supaya korang boleh lawan diorang dengan efektif!

Bila dah arif dengan perangai raksasa, pasti membuahkan hasil!

Tambahan pula, terdapat pelbagai jenis quest di dalam game ini, seperti pemburuan biasa (hunting), penangkapan raksasa (capture) dan juga quest khas seperti quest Zorah Magdaros di mana korang berlawan di atas badan besarnya dan menggunakan peralatan yang diberi. Di samping itu, event quest juga ada di dalam game ini di mana korang boleh dapatkan item-item khas dan juga cabaran baru dalam masa yang terhad!

Bermain secara online pon boleh!

Korang juga boleh main quest-quest ini secara multiplayer, jadi korang boleh ajak kawan-kawan korang main game ini bersama dan menjadi hunter yang sejati! Ataupun kalau korang suka cabaran tinggi, korang boleh main solo secara offline dan cabar/dera diri korang!

Pelbagai senjata dan armor untuk dimiliki!
Akhir sekali, terdapat pelbagai senjata dan armor untuk korang miliki! Dengan pelbagai raksasa di dalam game ini, korang akan jumpa pelbagai jenis senjata dan armor yang boleh korang guna dalam permainan korang. Setiap senjata dan armor mempunyai elemen dan skill tersendiri, jadi korang boleh padan-suai mengikut keperluan korang!

Setiap senjata ada rangkaian upgrade yang jelas, jadi korang boleh tentukan yang mana korang nak!

Selain itu, kepelbagaian jenis senjata itu tersendiri juga memberi korang lebih pilihan dalam memburu raksasa. Cari senjata dan armor yang sesuai untuk korang, dan korang boleh memburu sepuas hati!

Armor pula terdapat pelbagai bahagian, jadi boleh padan suai!

BOLEH BELI or BOLEH BLAH?

BOLEH BELI

+ Penambahbaikan elemen gameplay menguatkan lagi keseronokan bermain!
+ Grafik dan cinematik game yang mengancam!
+ Kepelbagaian jenis raksasa dan quest memberikan korang cabaran dan kepuasan yang terbaik!
+ Pelbagai senjata dan armor untuk dimiliki!

BOLEH BLAH

 Plot cerita game ini hanya pada tahap biasa sahaja.
 Sistem squad sedikit mengelirukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.