in , ,

Monster Hunter: World Berjaya Memotong PUBG Sebagai Game Berbayar Paling Tinggi Di Xbox One

Statistik untuk beberapa kategori Xbox One di Microsoft Store telah dikemaskini, mendedahkan bahawa PUBG yang memegang sebagai game berbayar paling tinggi (Top Paid) selama 2 bulan sudah semakin sampai ke penghujungnya.

Antara senarai game Top Paid

Pengeluaran Monster Hunter: World telah membawanya untuk menjadi game Top Paid di Xbox One dari segi penjualannya. Ia berjaya memotong, PlayerUnknown’s Battlegrounds yang mana telah menguasai slot itu selama 2 bulan.

Antara senarai game Most Played

Untuk game Most Played di Xbox One pula, game Fortnite berada di tangga pertama sebagai game pertama pilihan peminat, diikuti dengan Call of Duty: WWII, PUBG dan Tom Clancy’s Rainbow Six Siege.

Antara senarai game Top Free

Untuk gamers yang mementingkan bajet, sudah semestinya Fortnite berada di tangga pertama sebagai game Top Free di Xbox One buat masa ini (dari segi berapa ramai memuat turunnya). Ia diikuti dengan Roblox, Hitman, Crossout dan Skyforge serta Warframe yang berada di tangga ke-7.

Sumber: Game Fragger

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ibu Bapa Akan Boleh Kawal Tempoh Gaming Anak-Anak Setiap Hari Di PS4

Red Dead Redemption 2 Dilaporkan Mempunyai Battle Royale, First-Person Dan Banyak Lagi