in , , , , ,

Monster Hunter: World Bakal Tiba Di PS4, Xbox One Dan PC – Mari Mula Memburu Raksasa!

Siri Monster Hunter terbaru ini memang mengejutkan semua orang apabila ia pulang ke pangkuan konsol dan PC apabila trailernya ditunjuk di sidang media Sony E3 2017.

Siri ini dikenali sebagai co-op seramai 4 orang walaupun trailer yang ditunjuk ini hanya menunjukkan seorang karakter sahaja. Capcom juga telah mengumumkan bahawa game ini akan berada di Xbox One pada awal 2018 sekali dengan PS4 manakala PC akan mendapat juga kemudian.

Mengikut kenyataan media Capcom, game ini mampu menampung 4 orang co-op dalam drop-in online multiplayer system di mana pemain boleh berjalan merentas region antara Jepun dan Barat. Apa yang dimaksudkan adalah anda boleh bergerak dari satu area ke area lain tanpa loading screen.

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Shadow Of The Colossus – Versi Remake Bagi PlayStation 4 Diumumkan

Moss: Ikuti Tikus Comel Ini Dalam Pengembaraan Selamatkan Dunia Dalam VR