Secara rasminya Monster Hunter Rise akan dilancarkan untuk platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X/S dan Xbox One pada 20 Januari 2023.
Capcom turut mengesahkan yang game ini akan turut dilancarkan ke Xbox Game Pass dan PC Game Pass pada tarikh sama.
Versi PS5 dan Xbox Series X akan mendapat sokongan 4K dan 60 FPS. Manakala versi PC pula akan mendapat sokongan kawalan keyboard dan mouse. Pengubahsuaian grafik di bahagian settings akan hadir ke PC.
Pemain PlayStation, Xbox dan PC akan boleh menggunakan skrin efek khas. Efek khas ini boleh menjadikan skrin permainan seperti hitam dan putih, sepia, Japanese atau Warring Land.
Sokongan voice chat juga diintegrasikan ke dalam PlayStation, Xbox dan PC. Untuk pengguna PS5, ada sokongan adaptive trigger khas, membenarkan pemain merasai impak serangan ketika bermain.

Dengan Monster Hunter Rise hadir pada 20 Januari 2023, kemungkinan expansion Sunbreak akan hadir antara bulan Mac ke Mei.
Walau bagaimanapun, Capcom mengatakan pemain PS4 dan PS5 boleh melakukan matchmaking antara satu sama lain, namun Monster Hunter Rise tidak menyokong cross-play atau cross-save dengan platform lain. Bermakna, jika korang yang pernah bermain di versi Switch atau PC (Steam), korang kena mula dari awal balik.
Comments
Loading…