Infinity Ward berjaya menarik perhatian ramai apabila sesi beta Modern Warfare 2 adalah yang terbesar dalam sejarah francais Call of Duty.
Pengumuman itu dibuat oleh Activision yang mendakwa sesi beta telah mencapai pemain teramai di setiap platform PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X dan S serta PC.

Walau bagaimanapun, tiada data rasmi dikongsikan untuk melihat berapa ramaikah pemain yang menyertai sesi beta Modern Warfare 2.
Sementara itu, Warzone Mobile pula telah mencapai 15 juta pra-pendaftaran di Google Play. Bagi pemain yang sudah mendaftar Call of Duty: Warzone Mobile sebelum ia dilancarkan pada tahun depan. Pemain akan dapat unlock Emblem: Dark Familiar dan Vinyl: Foe’s Flame serta X12 Prince of Hell Blueprint dan M4 Archfiend Weapon Blueprint.
Comments
Loading…