in , , , , , , ,

Mode Yang Ditunggu-Tunggu Dalam Fortnite, Playground, Akhirnya Dilancarkan Sepenuhnya

1v1 me now.

Mode untuk para pemain berlatih tanpa gangguan pemain luar atau untuk pemain menjadi kreatif dan membina binaan-binaan yang menarik sememangnya ditunggu-tunggu oleh kita.

Minggu lalu, Epic Games telah melancarkan mode ini, digelar Playground. Namun, ia ditarik semula selepas beberapa jam atas sebab masalah matchmaking. Kini, setelah memperbaikinya selama beberapa hari, mode ini akhirnya dilancarkan sepenuhnya, dan korang boleh nikmati sekarang.

Ada Apa Dengan Playground?

Playground merupakan mode terbaik untuk para pemain mengasah skil build battle. Squad up dengan rakan-rakan korang di lobi, kemudian masuk ke dalam mode ini, dan keseluruhan map battle royale itu adalah kepunyaan korang!

Materials yang korang farm itu akan menjadi 10 kali ganda nilainya dan kesemua chest akan spawn untuk memudahkan korang mencari senjata. Korang diberikan 1 jam untuk melakukan apa sahaja dalam mode. Nak lawan 1v1? Boleh, sebab ada friendly fire, dan jangan risau kalau korang mati sebab boleh respawn.

Nak bikin filem dan klip video? Nak buat piramid? Nak buat KLCC kemudian buat raver battle? Cakap ajelah!

Jadi, apa korang tunggu lagi? Buka Fortnite sekarang dan tunjukkan siapa Raja Fortnite yang sebenar dalam kalangan geng korang!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

GTA Online Kini Dipenuhi Dengan Pengumuman Yang Kononnya GTA 6 Akan Dilancarkan Pada 2019

TM Umum Plan Unifi Baru, 30Mbps Pada Harga Bawah RM100, Bakal Tiba Bulan Ini