Volta merupakan mode terbaru yang bakal menjadi tarikan utama dalam FIFA 20. Volta bakal mengembalikan gameplay nostalgia seumpama FIFA Street — bermain 3v3, 4v4 atau 5v5 dalam gelanggang yang lebih kecil.

Dalam trailer terbaru yang dikeluarkan, kita dapat melihat banyak pengubahsuaian yang boleh dilakukan kepada karakter pemain. Perkara pertama yang merisaukan apabila menonton trailer ini, adakah akan ada microtransactions untuk membeli pakaian karakter-karakter ini?

EA Sports telah mengesahkan yang tiada microtransactions dalam mode Volta, sekurang-kurangnya tiada semasa pelancaran, lapor IGN.

“Kami tiada perancangan untuk melancarkannya,” kata penerbit FIFA Jeff Antwi. “Buat masa ini, semua ganjaran boleh didapati melalui challenge dalam game”. Kamu boleh unlock item kosmetik dengan melengkapkan objektif atau melalui Volta Coins yang hanya boleh didapati dengan bermain perlawanan-perlawanan. Semakin tinggi difficulty untuk challenge/perlawanan itu, semakin tinggi ganjarannya.

“Volta akan mempunyai kandungan bermusim dengan challenge dan kosmetik bertukar-tukar secara bulanan.”

FIFA 20 akan dilancarkan pada 27 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!