Mode-mode Ultimate Team yang dimiliki EA dalam game-game sukan mereka telah menjana lebih daripada USD1.62 billion (sekitar RM6.7 billion) sepanjang tahun fiskal lalu (April 2020 hingga Mac 2021).
Nilai ini sekaligus menyumbang kepada 29 peratus daripada pendapatan keseluruhan yang diperoleh EA, menurut laporan tahunan yang diberikan syarikat gaming gergasi itu kepada ‘US Securities and Exchange Commission’, lapor GamesIndustry.biz.
Mode-mode Ultimate Team ini merentasi beberapa game sukan yang dibangunkan oleh EA iaitu produk-produk FIFA, Madden, NHL, NBA, dan UFC.
Pecahan 29 peratus daripada keseluruhan pendapatan EA ini adalah nilai tertinggi yang pernah dicapai mode itu, memotong pecahan tahun sebelumnya iaitu sebanyak 28 peratus.
Di sebalik bermacam kontroversi yang melanda mode ini, terutamanya perkaitannya dengan unsur perjudian, Ultimate Team nampaknya terus melangkah sebagai antara bisnes paling menguntungkan syarikat tersebut.
Baca lagi:
- Peminat Bengang EA Iklankan FIFA Points Dalam Majalah Kanak-Kanak Kerana Perkaitannya Dengan Judi
- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Mula Suarakan Unsur Perjudian Loot Box Dalam Video Game
Comments
Loading…