in , , , , , ,

Mode Playground Akan Kembali Dalam Fortnite Battle Royale Pada Minggu Ini

Masa untuk kembali kreatif.

Mode yang menjadi kegemaran para pemain Fortnite Battle Royale akan kembali dalam game ini pada minggu ini, atau secara tepatnya pada 25 Julai ini.

Antara pembaharuan, seperti yang dijanjikan sebelum ini oleh Epic Games, yang akan dibawakan pada kali ini ialah ia akan memperkenalkan opsyen untuk memilih pasukan. Bermakna, pemain boleh membahagikan skuad kepada pertarungan 2-lawan-2 atau 1-lawan-1.

Selain itu, mereka juga menaikkan lagi loots yang ada dalam mode ini. Seberapa banyak loot yang ditambah itu masih tidak diketahui. Semua maklumat lanjut tentang mode Playground yang ditambahbaik ini akan mereka kongsikan dalam nota patch yang akan mereka keluarkan pada petang ini. Nantikan.

https://twitter.com/FortniteGame/status/1021439800333615104

Awal bulan ini, mode Playground telah diperkenalkan dalam Fortnite Battle Royale yang menyajikan kepada kita dengan pelbagai hasil kreatif yang sangat menghiburkan. Trek Mario Kart, piramid gergasi dan istana pelbagai rupa adalah antara hasil binaan yang telah dicipta oleh komuniti ini. Ia kemudian dibuang selepas seminggu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Konami Umumkan PES 2019 Edisi Liverpool FC, Inter Milan Dan Monaco

Ini Adalah Keperluan Spesifikasi Untuk PES 2019 Di PC