in , , , ,

Mode High Explosives Akan Ditambah Ke Dalam Fortnite Battle Royale Pada 28 Disember Ini

Letupan di mana-mana!

Sejak pertama kali memperkenalkan mode istimewa dalam jangka waktu terhad, 50v50, ia mendapat maklumbalas positif daripada kebanyakan pemain, sehinggakan ia dikembalikan kerana mendapat permintaan tinggi. Dalam blog post terbaru yang dikeluarkan oleh Epic Games, mereka telah mendedahkan bahawa Fortnite Battle Royale akan ditampilkan dengan satu lagi mode baru dalam masa terhad.

Digelar ‘High Explosives”, mode ini hanya akan ada senjata-senjata letupan – iaitu Grenade Laucnher, Rocket Launcher, dan semua jenis grenade, termasuklah bom terbaru, Boogie Bomb. Ia akan bermula pada 28 Disember ini hingga 2 Januari 2018.

Dalam mode ini juga, semua jenis perangkap (trap) juga tidak akan dibawa, namun, semua jenis consumable (potion, med kit, dll) tetap ada.

Fortnite Battle Royale kini korang boleh mainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fortnite Battle Royale Tambah Satu Jenis Bom Baru Yang Boleh Buat Musuh Menari!

Overwatch Hadiahkan Korang Dengan 5 Loot Box Sempena Perayaan Krismas!