Melalui satu post di Reddit, DICE telah mengumumkan yang duo dalam mode battle royale Battlefield V, Firestorm telah dibuang kerana tidak mendapat sambutan daripada para pemain.

Duo telahpun dibuang pada minggu ini. Mereka menyatakan yang ia akan kembali, namun hanya sebagai mode dalam jangka waktu terhad.

Pada asalnya, duo memang bukan dirancang untuk dikekalkan dalam Firestorm. DICE melancarkannya pada bulan lalu hanya sebagai mode dalam jangka waktu terhad, tapi atas permintaan ramai, mereka mengekalkannya. Walau bagaimanapun, mereka menyaksikan yang lebih ramai bermain skuad berbanding duo, jadi mereka kembali dengan perancangan asalnya.

DICE menyatakan yang ia akan kembali, sebagai mode dalam jangka waktu terhad — tak pasti sama ada pada satu-satu hujung minggu secara bulanan, atau pada setiap kali Firestorm mendapat kemaskini.

Apa pula pandangan korang? Korang lebih gemar bermain dengan skuad atau duo?

JomKomen!