Salah satu mode yang menjadi tumpuan ramai dalam Battlefield V ialah mode battle royale, digelar Firestorm.
DICE telah mendedahkan sebelum ini yang mode ini tidak akan boleh dimainkan semasa pelancaran BFV, sebaliknya ia berada dalam perancangan mereka pasca pelancaran. Ramai mahukan mode ini dikeluarkan secepat mungkin, namun sekiranya korang beranggapan yang ia tetap akan dikeluarkan pada tahun ini atau sekurang-kurangnya awal tahun, korang akan sedikit kecewa.
EA dan DICE baru sahaja mengeluarkan satu blogpost terbaru, berkongsikan kepada para pemain tentang apakah senarai kandungan yang akan disajikan mereka selepas game ini dilancarkan pada November ini.
Mereka membahagikan kandungan pasca pelancaran kepada tiga bahagian, iaitu Chapter 1, Chapter 2 dan Chapter 3.
Chapter 1 berjalan antara bulan Disember 2018 dan Januari 2019, yang bakal membawakan War Stories keempat, The Last Tiger; Practice Range, kosmetik kenderaan, dan map Tank Battles Belgium. Kemudian, untuk Chapter 2 yang berjalan dari Januari hingga Mac 2019, akan ditambah dengan mode co-op Combat Strike; misi Grand Operations, mode Return of Rush, dan mode Squad Conquest.
Menjadi tumpuan dalam pengumuman ini pastinya ialah tentang bilakah mode battle royale, Firestorm akan diperkenalkan. Firestorm diletakkan dalam Chapter 3, yang mana ia akan bermula dari Mac 2019. Apa yang membimbangkan ramai ialah mereka hanya menyatakan Chapter 3 ini “bermula dari Mac”, dan tidak menyatakan bilakah ia akan tamat. Jadi, agak sukar untuk mengagak bilakah sebenarnya mode yang dinantikan ramai ini akan dikeluarkan.
Selain Firestorm, Chapter 3 juga akan membawakan map Battle for Greece, misi co-op Combined Arms, dan satu lagi mode multiplayer baru.
Jadi, apa pendapat korang? Kita semua perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga Mac 2019 untuk merasai pengalaman battle royale dalam siri game Battlefield — terlalu lama atau lebih lambat lebih baik?
Battlefield V akan dilancarkan pada 20 November ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.
Comments
Loading…