in , , , , ,

Mode Battle Royale CoD Black Ops 4 Akan Boleh Dimainkan Lebih Daripada 80 Pemain!

Sementara itu, Battlefield V hanya boleh dimainkan seramai 64 orang sekaligus.

Blackout, mode battle royale Call of Duty Black Ops 4 akan boleh dimainkan sehingga 80 orang semasa pelancaran, tetapi Treyarch selaku developer sedang berkira-kira untuk menambah bilangan tersebut!

Call of Duty akan dilancarkan pada bulan hadapan, tetapi bagi mereka yang telah pre-order game tersebut boleh memainkan mode Blackout ini lebih awal. Menurut temuramah bersama Game Informer, Treyarch menjelaskan bahawa Beta CoD BO4 Blackout itu nanti akan boleh dimainkan seramai 80 orang pemain di dalam satu game.

Versi penuh game itu nanti mungkin akan boleh dimainkan lebih ramai pemain, dengan Treyarch sendiri telah memainkannya secara ujian dalaman sehingga 100 orang pemain!

“Apa yang penting bagi kami adalah pengalaman permainan yang paling sempurna. Kami akan aktif melibatkan komuniti dan menerima maklumbalas, melakukan perubahan dan penyesuaian, merubah game ini dengan setiap maklumbalas,” ujar Treyarch.

Adakah Treyarch akan mampu membawa mode battle royale ke game military shooter? Sama-sama kita nantikan.

Sementara itu, Fortnite dan PUBG selaku game battle royale gergasi boleh dimainkan 100 pemain sekaligus. Mode battle royale Battlefield V, Firestorm boleh dimainkan 64 pemain sekaligus.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield V Akhirnya Umumkan Firestorm, Mode Battle Royale 64-Pemain!

Musim 2018/19 Dota Pro Circuit Major Akan Dimulakan Di Kuala Lumpur