Siri berepisod The Mandalorian yang sedang distrim di Disney+ merupakan naskah yang paling banyak diperkatakan dalam kalangan peminat setia Star Wars pada ketika ini.
Terbaru, modder telah menjalankan kerja mereka dengan mencipta dan memasukkan dua karakter kegemaran dalam siri itu, iaitu The Mandalorian dan Baby Yoda, ke dalam game Star Wars Battlefront 2.
Untuk karakter The Mandalorian, ianya dicipta oleh Claymaver2000 dan sudahpun boleh didapatkan melalui laman ini. Peminat setia Star Wars dan pemain Battlefront 2 di PC jangan lepaskan peluang ini.
Untuk karakter Baby Yoda pula, ia sedang dicipta oleh Nanobuds1220. Beliau masih belum lagi melancarkan modding ini, sebaliknya hanya memberikan sedikit gambaran awal dalam percubaannya.
https://www.reddit.com/r/StarWarsBattlefront/comments/e2jlkt/baby/
Jadi, sama-samalah kita tunggu, agar kita dapat saksikan duo ini, The Mandalorian dan Baby Yoda, beraksi dalam Star Wars Battlefront 2.
I have spoken.
This is the Way.
Comments
Loading…