in ,

Mod Star Wars Battlefront II Bawakan Rey Sebagai Sith Dan Saberstaff

Rey sertai Dark Side? Darth Rey?

Kalau Darth Vader memakai kostum berwarna merah jambu dan Kylo Ren yang menjadi Matt The Technician masih belum cukup untuk korang bermain-main dengan mod Star Wars Battlefront II, mungkin beberapa mod baru ini bakal menarik minat korang.

Mod paling menarik yang setakat ini bagi kami adalah menukar Rey kepada Sith Lord – yang mana ia menggantikan abiliti-abiliti yang ada pada karakter Rey kepada saber throw dari Darth Vader, force lightning dari Emperor Palpatine dan force freeze dari Kylo Ren. Dan semestinya Rey menghunus lightsaber ikonik Dark Side berwarna merah.

Apa yang paling menarik tentang mod “Rey Sith Abilities” ini adalah karakter Rey turut kelihatan lebih “Dark Side” – seperti matanya kelihatan lebih penuh dengan kebencian dan kemarahan.

Korang boleh dapatkannya di sini.

Kalau korang tidak suka Rey pergi ke Dark Side, dan masih mahu Rey dalam Light Side, mod ini pula pasti lebih menarik buat korang. Menukar lightsaber Rey kepada warna kuning, tetapi dengan aura Darth Maul, iaitu lighsaber bercabang 2 (saberstaff).

Korang boleh dapatkannya di sini.

Perlu diingat bahawa modding ini hanya boleh dilakukan di platform PC, dan hanya boleh dimainkan dalam arcade mode.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Mad Catz Bangkit Dari Kejatuhan – Kembali Dengan Video Pengumuman Peranti-Peranti PC Gaming!

Paladins Memperkenalkan Mode Baru Seperti PUBG Yang Dipanggil “Battlegrounds”