Satu sisi lain dalam Uncharted 4.
Seorang modder telah mencipta satu mod yang memaparkan Uncharted 4: A Thief’s End dalam pandangan first-person. Ia dimuatnaik di channel Youtube
Thekempy dan korang boleh tontonnya di bawah.
Video yang berdurasi hampir 6 minit ini menukarkan salah satu babak awal dari Uncharted 4 yang dikeluarkan pada tahun Mei 2016. Babak yang diambil ialah babak di mana Nathan Drake sedang menjalani kehidupannya selepas “bersara” bersama isterinya, Elena. Kemudian ia sambung kepada antara babak paling diingati dalam game ini, iaitu di mana Elena mengajar Nathan bermain Crash Bandicoot di PlayStation 1.
Jom layan video ini, yang sememangnya sangat cantik untuk melihat game ini dalam pandangan first-person:
[KEMASKINI]:
Trailer pun ada:
Comments
Loading…