in , ,

Mod Ini Tukar Model Karakter Ellie Dengan Joel Dalam The Last of Us Part II

Sama ada korang suka ataupun tidak, perbezaan terbesar yang dibawakan The Last of Us Part II adalah kita lebih banyak bermain sebagai Ellie berbanding Joel seperti dalam game pertama.

Seorang modder, smasher248 telah berkongsi hasil mod beliau di Youtube. Mod yang dilakukan adalah menukar model karakter Ellie dalam sekuel itu kepada model karakter Joel. Dalam kata lain, mana-mana babak yang pada asalnya menggunakan Ellie, telah ditukar kepada Joel.

Video di bawah memperlihatkan Joel beraksi tembak-menambak bersama-sama Gina:

Video di bawah pula babak yang asalnya Ellie memetik gitar dan menyanyikan lagu kepada Gina, ditukar kepada Joel yang memetik gitar. Namun, nampaknya ia hanya menukar model karakter fizikal Ellie kepada Joel, suaranya masih menggunakan suara asal Ellie:

Korang boleh baca reviu Boleh Beli or Boleh Blah!? kami untuk The Last of Us Part II di sini, atau nak baca perbincangan penuh spoiler, boleh klik sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pendedahan Penuh Battlefield 6 Dilaporkan Akan Berlangsung Pada Mei

Pembangun Control Kata Sony Lebih Bersedia Berbanding Microsoft Untuk Konsol Generasi Baru