Sejak Grand Theft Auto V dilancarkan ke PC, ramai yang berusaha untuk membawakan mod virtual reality (VR) ke dalam game open-world itu, namun selalunya menemui jalan buntu.
Terkini, seorang modder ini akhirnya telah berjaya melakukannya. Apa yang mengagumkan ialah pandangan VR ini berjaya digunakan untuk setiap aktiviti dalam GTA V — dari berjalan kaki, menembak, di dalam apa jua kenderaan yang dinaiki pemain, dan hinggalah semasa cutscene.
Mod ini boleh digunakan dengan headset VR Oculus Rift dan SteamVR.
Korang boleh dapatkan mod ini di pautan ini, dan boleh saksikan gameplay VR dalam GTA V ini dalam video di bawah:
Comments
Loading…