Mod Doom Eternal Ini Menjadikan Doom Slayer Lebih Mengerunkan Dan Merbahaya

Satu mod baru telah dihasilkan untuk Doom Eternal di PC yang menjadikan Doom Slayer lebih berbahaya dengan kebolehan dan senjata yang lebih berkuasa.

Dikenali sebagai “Eternal Gameplay Overhaul” yang boleh didapati di Nexus Mods, mod ini mengubah beberapa jenis senjata dan kebolehan-kebolehan yang ada dari segi fungsinya dalam mode kempen.

Ini termasuklah memberikan senjata seperti Chaingun dan Shotgun dengan rate-of-fire lebih pantas serta juga rate-of-fire perlahan untuk Assault Rifle bagi mengurangkan pembaziran peluru. Plasma Rifle pula mempunyai perubahan yang ketara di mana senjata itu boleh ditukar kepada senjata semi automatik untuk memberikan perbezaan daripada senjata lain.

Mode Senjata Di Tengah Skrin Dalam Doom Eternal Untuk Gamer Olskool

Kos untuk meningkatkan kebolehan pada senjata juga telah dikurangkan. Ini bermakna, pemain boleh tingkatkan kekuatan senjata dengan lebih cepat dari versi asal. Kapasiti peluru dan perisai juga telah ditingkatkan, begitu juga dengan had ketinggian pemain semasa melakukan double jump.

Mod ini juga meningkatkan masa reaksi pada setiap musuh untuk menjadikannya lebih susah dalam hard difficulty. Namun, untuk difficulty lain, pemain tidak akan nampak perubahannya.

Sumber: Gamespot

JomKomen!