in ,

Mod Dalam Street Fighter V Bawakan Sombra Daripada Overwatch

Tak cukup dengan memainkan Sombra dalam Overwatch? Mainkan Hero ini dalam Street Fighter V pula!

overwatch-sombra-00

Sombra baru sahaja diumumkan sebagai Hero terbaru dalam Overwatch pada awal bulan ini. Terbaru, ia mengambil beberapa minggu sahaja untuk modder THEJAMK membawakan Hero terbaru kegemaran ramai ini ke dalam Street Fighter V.

Menggunakan karakter sedia ada, Laura sebagai asas, beliau melakukan sedikit perubahan kepada bentuk karakter tersebut seterusnya mentransformasikannya kepada Sombra. Lebih mudah, kedua-dua karakter mempunyai rupa rambut yang seakan sama, ia nampaknya tidak terlalu sukar untuk menukar Laura kepada Sombra.

Anda boleh saksikan Sombra yang telah “digodamkan” ke dalam Street Fighter V di bawah:

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Division: Selepas Patch 1.4 Pada Oktober, Jumlah Pemain Kembali Seperti Semasa Pelancaran

FFXV Midnight Launch: Bukti Bakat Malaysia Dalam Bersama Menghasilkan Game AAA!