Sejak dilancarkan pada Oktober 2019, Call of Duty: Mobile telah mengubah Activision secara signifikan.
Dalam laporan kewangan terbaru, Activition mendedahkan bahawa mobile kini merupakan platform terbesar syarikat itu, bukan lagi PC atau konsol.
Activision menyatakan bahawa sejak versi mobile itu dilancarkan, francais pemain Call of Duty telah meningkat dari 40 juta pemain kepada 100 juta pemain. Seterusnya, ia menjadikan mobile sebagai platform yang paling ke hadapan dari segi bilangan pemain.
Tidak banyak pendapatan dari CoD: Mobile yang dikongsikan semasa laporan kewangan ini, tapi Activision sudah mula memikirkan bagaimana mereka boleh menjana pendapatan daripada sejumlah bilangan pemain yang ramai ini melalui game percuma itu.
Melihat kejayaan ini juga, Activision juga akan lebih memfokuskan kepada platform mobile dengan mengeluarkan lebih banyak game mobile berkualiti tinggi daripada francais mereka yang lain.
Penambahan bilangan pemain ini semestinya tidak mengejutkan memandangkan versi mobile adalah percuma dan lebih mudah untuk dicapai oleh para pemain berbanding PC atau konsol yang perlu membelinya.
Sumber: VG247
Comments
Loading…