in , ,

Mobile Gamer Dah Belanjakan Lebih RM185 Billion Setakat Ini Dalam 2021 Di Seluruh Dunia

Pemain di seluruh dunia telah membelanjakan kira-kira 44.7 billion (sekitar RM185.55 billion) dalam game mobile setakat ini sepanjang enam bulan pertama tahun 2021.

Nilai ini dikongsikan oleh Sensor Tower, firma penganlisis industri gaming, kepada GamesIndustr.biz.

Angka ini bertambah sebanyak 17.9 peratus daripada jangka waktu yang sama pada tahun 2020.

App Store milik Apple menyumbang lebih daripada separuh daripada angka ini, iaitu setinggi USD26 billion (sekitar RM107.93 billion), meningkat 13.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. Manakala, Google Play pula menyumbang sebanyak USD18.7 billion (sekitar RM77.62 billion), meningkat sebanyak 24.7 peratus.

Lima game mobile teratas dalam perbelanjaan sepanjang separuh tahun pertama 2021 adalah Honor of Kings, PUBG Mobile, Genshim Impact, Roblox dan Coin Master. Perbelanjaan PUBG Mobile ini termasuklah yang diperoleh dari Game For Peace, versi iOS yang dilancarkan secara spesifik untuk pasaran China.

Lebih menarik, perbelanjaan keseluruhan (termasuk aplikasi bukan game) di kedua-dua App Store dan Google Play untuk enam bulan pertama 2021 adalah USD64.9 billion (sekitar RM269.40 billion). Bermakna, perbelanjaan dari game sahaja menyumbang kepada 68.9 peratus daripada jumlah tersebut.

Ironiknya, lima game paling tinggi dibelanjakan oleh gamer seperti dinyatakan di atas bukanlah game paling banyak dimuat-turun. Sebaliknya, game yang paling banyak dimuat-turun di kedua-dua platform iOS dan Android setakat ini sepanjang 2021 adalah Join Clash 3D, Garena Free Fire, High Heels, Bridge Race dan Among Us.

Apa pula game mobile yang paling korang banyak mainkan sepanjang 2021 setakat ini? Kongsikannya dengan kami di ruangan kami.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
PES 2021 Season Update: Boleh Beli or Boleh Blah!?

PES 2022 Mungkin Akan Menjadi Game Percuma, Konami Bawakan Perubahan Besar, Menurut Laporan

Nintendo Switch Model OLED Baharu Diumumkan Secara Rasmi – Ini 10 Perkara Korang Perlu Tahu