in ,

MMORPG Terkenal Jepun, Caravan Stories Bakal Tiba Ke PlayStation 4

Antara MMORPG paling berjaya dari Jepun, bakal tiba ke PS4.

Caravan Stories telah berjaya mengaut sebanyak 2 juta pemain semasa pelancaran untuk pasaran Jepun dan mampu bersaing dengan game-game seperti Apex Legends, Fortnite dan juga Warframe. Kini ia bakal tiba ke dengan alih bahasa pada 16 Julai nanti untuk sesi open beta manakala pelancaran penuh pada 23 Julai.

Selain daripada bermain secara solo, pemain boleh mencuba beraksi bersama rakan melalui co-op dan juga raid yang pastinya memerlukan kerjasama beramai-ramai. Mode PvP juga turut disediakan, bagi mereka yang sukakan cabaran dengan bertarung dengan pemain-pemain lain.

Jika korang rasa berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai Caravan Stories, saksikan gameplay awal sepanjang 45 minit dibawah.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Mode Duo Dalam Battle Royale Battlefield V Dibuang Kerana Tidak Mendapat Sambutan

Selepas Ganti PUBG Mobile Di China, Tencent Raih USD14 Juta Dalam Masa 72 Jam