in ,

Mirososft Turut Akui Livestream ‘Gameplay’ Inside Xbox Tidak Seperti Yang Dijanjikan

Kalau korang antara yang menonton secara langsung Inside Xbox pada dua hari lepas, pastinya korang tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan livestream tersebut. Ia hanya memaparkan beberapa video trailer pendek, yang kebanyakannya tidak memaparkan sebarang gameplay untuk Xbox Series X seperti yang dijanjikan.

Maklum dengan kecaman yang diluahkan para peminat, pengurus besar pemasaran Xbox Games, Aaron Greenberg, telah tampil untuk mengakui sesuatu yang mereka tidak patut lakukan, seterusnya memohon maaf.

Dalam tweet yang dikeluarkan, Greenberg berkata sekiranya mereka tidak menjanjikan apa-apa sebelum livestream dan hanya terus memperlihatkan trailer-trailer, mungkin reaksi para peminat akan berbeza. Beliau mengakui yang Xbox telah meletakkan harapan yang salah, serta meletakkan emoji ‘tangan’ sebagai tanda memohon maaf.

Sebelum ini, seperti yang kami laporkan semalam, pengarah kreatif Ubisoft juga telah tampil mengatakan, ya, para peminat ada hak untuk menjangkakan lebih banyak paparan gameplay daripada trailer Valhalla. Para pemiant Assassin’s Creed sedikit kecewa apabila ‘gameplay trailer’ yang dijanjikan hanya memaparkan cutscene sinematik yang ada dalam game sahaja.

Sejujurnya, ia merupakan satu livestream yang baik, memperlihatkan dan mengumumkan bermacam game-game baharu — antaranya seperti The Medium, Call Of The Sea dan Bright Memory: Infinite. Namun disebabkan janji untuk memaparkan ‘gameplay’, sebaliknya hanya memaparkan sinematik, membuatkan para peminat sedikit kurang berpuas hati.

Apa-apa pun, Xbox akan mengadakan satu lagi livestream pada Julai untuk memperlihatkan game-game pihak pertama mereka. Tarikhnya masih belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Cyberpunk 2077 Akan Benarkan Pemain Ubahsuai Kemaluan Karakter, Menurut ESRB

Ini Trailer Gameplay Assassin’s Creed Valhalla Yang Tiada Paparan Gameplay Langsung

Assassin’s Creed Valhalla Akan Lebih Kecil Dan Pendek Berbanding Odyssey