in , , , , , ,

Minecraft, Roblox, Free Fire Adalah Game Paling Banyak Ditonton Di Youtube Sepanjang 2020

Youtube telah mengeluarkan ringkasan terhadap tontonan oleh penonton platform itu di seluruh dunia sepanjang tahun 2020.

Dalam ringkasan ini, Youtube telah menyenaraikan beberapa kategori kedudukan yang agak menarik seperti game paling banyak ditonton, game yang bersiaran langsung paling banyak ditonton, Youtuber paling popular dan banyak lagi.

Seperti dijangka, takhta game paling banyak ditonton di Youtube masih lagi dipegang oleh Minecraft — malah terlalu jauh meninggalkan game-game lain dari jumlah tontonan, sekaligus terus mengekalkan kedudukan nombor satunya pada tahun lalu.

Pada tahun 2020 sahaja, Minecraft mengumpulkan 201 billion tontonan di Youtube. Game yang dibangunkan oleh Mojang Studios itu diikuti oleh Roblox (75 billion), Garena Free Fire (72 billion), Grand Theft Auto V (70 billion), dan Fortnite (67 billion).

Malah, senarai game yang bersiaran langsung paling banyak ditonton juga didominasi oleh Minecraft, diikuti oleh Garena Free Fire, Fortnite, Grand Theft Auto V dan PUBG Mobile.

Berikut ialah beberapa kategori kedudukan lain sepanjang 2020 yang dikeluarkan oleh Youtube:

Youtuber berdasarkan gaming paling popular 2020:

Youtuber baharu yang mencipta nama pada 2020 (tidak mengikut mana-mana turutan):

Streamer paling popular berdasarkan jumlah tontonan 2020:

Antara acara gaming siaran langsung terbesar 2020:

Video paling banyak ditonton 2020 (bukan siaran langsung):

Video paling banyak disukai (like) 2020 (bukan siaran langsung):

JomBaca: Among Us, Fall Guys, Valorant Adalah Game Paling Banyak Dicari Di Google Sepanjang 2020

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Trailer Prolog Penuh Aksi Dan Gameplay Teknologi 'Braindance' Baru Cyberpunk 2077 Diperlihatkan

Pelabur Mungkin Akan Saman CD Projekt Red Atas Info Mengelirukan Cyberpunk 2077

Untuk Ambil Game Percuma Di Epic Games Store Kini Memerlukan Pengesahan Dwi-Factor

Semua 15 Game Percuma Epic Games Store Sepanjang Disember 2020 Tertiris, Ini Senarainya!