in , , , , , ,

Minecraft Menjadi Game Pertama Dalam Sejarah Mencecah Jualan 200 Juta Unit, GTA V Pula 130 Juta Unit

Pada Mei 2020, dua video game paling laris dalam sejarah, Minecraft dan Grand Theft Auto V telah mengecapi kejayaan yang begitu mengagumkan.

Minecraft, sebuah game sandbox yang dikeluarkan kira-kira 11 tahun lalu, menjadi video game pertama dalam sejarah yang mencecah jualan sebanyak 200 juta unit, lapor The Verge.

Lebih mengagumkan adalah apabila bilangan pemain aktif bulanan turut tinggi, iaitu seramai 126 juta pemain. Microsoft mengumumkan data ini ketika Mojang Studios meraikan ulang tahun kesebelas sejak versi alpha Minecraft dilancarkan pada Mei 2009.

Angka ini boleh dikatakan diikuti rapat oleh sebuah lagi game yang ‘tak mahu kalah’. Take-Two, pemilik kepada Rockstar Games turut mengumumkan pencapaian yang membanggakan untuk GTA V. Game open-world itu kini telah terjual sebanyak 130 juta unit, lapor Eurogamer.

Pada Februari tahun ini, Rockstar melaporkan bahawa 120 juta unit telah terjual, bermakna, dalam masa hanya tiga bulan, 10 juta unit baharu telah berjaya terjual.

Kejayaan menggila GTA V ini semakin tidak menunjukkan tanda-tanda untuk perlahan walaupun sudah lebih daripada enam tahun dilancarkan, lebih-lebih lagi apabila baru-baru ini Epic Games Store telah memberikannya secara percuma — sehingga membuatkan GTA Online menjadi sesak dan tidak boleh diakses.

Harus diingat bahawa angka 130 juta unit ini diumumkan sebelum ia diberikan percuma di Epic Games Store.

Apakah jualan GTA V yang masih lagi kukuh ini menandakan kita masih perlu menunggu lebih lama untuk pengumuman GTA 6? Sama-samalah kita nantikan.

Sangat menarik untuk kita saksikan sejauh mana kedua-dua game ini mampu memecahkan rekod masing-masing. Minecraft mencecah 300 juta dan GTA V mencapai 200 juta unit, tak mustahil?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Presiden Sony PlayStation Terangkan Mengapa Logo PS4 Dan PS5 Tidak Jauh Beza

Sony Tidak Berminat Hasilkan Game PS5 Yang Boleh Dimainkan Di PS4

The Last of Us Part II Ditunda Ke Satu Tarikh Pelancaran Yang Tidak Dinyatakan

Pra-Tempah The Last of Us 2 Tak Terjejas Walaupun Jalan Cerita Dah Tertiris, Kata Sony