in ,

Minecraft, Fortnite Dan GTA V Adalah Game Paling Banyak Ditonton Di Youtube Sepanjang 2019

Apabila menjelangnya penghujung tahun, pasti banyak rumusan yang dikeluarkan pelbagai jenama atau platform. Kini, platform tontonan video terbesar dunia, Youtube juga telah mengeluarkan ringkasan sepanjang tahun 2019.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Youtube telah mengeluarkan sebuah video Youtube Rewind 2019, yang mendedahkan apakah video, pencipta dan game yang mencapai angka-angkat tertentu. 5 game teratas yang menjadi game paling banyak ditonton di Youtube sepanjang tahun 2019 telah didedahkan. Mungkin ada beberapa game yang membuat kejutan.

Roblox menduduki tempat kelima, manakala game mobile battle royale dari Garena, Free Fire berada di kedudukan keempat. Grand Theft Auto V, walaupun merupakan sebuah game yang sudah berusia enam tahun, masih lagi gah menjadi game ketiga paling banyak ditonton di Youtube pada tahun ini.

Jangan terkejut sekiranya Fortnite tidak berada di kedudukan pertama kerana Minecraft yang mengumpulkan jumlah tontonan paling banyak. Fortnite hanya perlu berpuas hati di tempat kedua.

Untuk pencipta/saluran paling banyak ditonton pula, ia juga dijuarai oleh saluran yang memfokuskan kepada game, iaitu siapa lagi kalau bukan PewDiePie.

Game Paling Banyak Ditonton

  1. Minecraft
  2. Fortnite
  3. Grand Theft Auto V
  4. Garena Free Fire
  5. Roblox

Pencipta/Saluran Paling Banyak Ditonton

  1. PewDiePie, 4 billion tontonan
  2. Felipe Neto, 2.8 billion tontonan
  3. Pencilmation, 2.8 billion tontonan
  4. Jelly, 2.5 billion tontonan
  5. David Dobrik, 2.4 billion tontonan
  6. Dude Perfect, 2.3 billion tontonan
  7. MrBeast, 2.2 billion tontonan
  8. LazarBeam, 2 billion tontonan
  9. Fischer’s, 1.9 billion tontonan
  10. Azzyland, 1.9 billion tontonan

Game apa pula yang korang paling banyak tonton di Youtube sepanjang tahun 2019?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Game Awards 2019 Dedahkan Pencalonan Akhir, Death Stranding Mendominasi - Undi Sekarang!

Sekitar 10 Game Baru Akan Diumumkan Semasa The Game Awards 2019, Tiada Resident Evil 3 Remake

Metacritic Dedahkan Markah Reviu Game Paling Tinggi Dalam Dekad Ini (2010-2019)

Metacritic Dedahkan Markah Reviu Game Paling Tinggi Dalam Dekad Ini (2010-2019)