Selepas membuat pengumuman mengenai Minecraft AR pada beberapa minggu lalu, Microsoft telah mengumumkan game mobile AR terbaru dari mereka iaitu Minecraft Earth.

Minecraft Earth ialah game mobile AR (Augmented Reality) percuma yang mana membenarkan pemain menerokai setiap kawasan di sekitar pemain untuk mencari blok dan mobs (raksasa) unik.

Apabila pemain mendapat mobs, pemain boleh mencari mana-mana permukaan rata yang disediakan untuk membenarkan pemain mencipta binaan mereka. Pemain boleh bekerjasama dengan pemain lain untuk mencipta pelbagai binaan di atas Build Plates dan kemudian boleh diletakkan dalam dunia sebenar untuk diterokai dengan binaan saiz sebenar.

Mencipta item-item baru adalah sebahagian daripada proses dalam pembinaan. Raksasa yang pemain akan jumpa juga akan berlawan dalam dunia sebenar.

Microsoft menjanjikan akan berkongsi lebih banyak informasi tidak lama lagi mengenai Minecraft Earth. Korang boleh mendaftar untuk sesi beta tertutup di sini.

JomKomen!