Minecraft Dungeons pertama kali didedahkan pada pertengahan tahun lalu. Minggu lalu, Mojang telah melancarkan game ini, sebuah game spin-off daripada dunia Minecraft.
Dibangunkan bersama antara Mojang dengan Double Eleven, game ini bergenre dungeon crawlers yang boleh dimainkan sehingga empat orang pemain — sama ada local co-op atau online multiplayer.
Senang kata, ia umpama Diablo, tetapi dengan grafik dari dunia Minecraft. Empat pemain akan bekerjasama untuk menyelamatkan orang kampung dan menumbangkan Arch-Illager yang jahat.
Lebih menarik, baru seminggu dilancarkan, 2 DLC, ‘Jungle Awakens’ dan ‘Creeping Winter’, telah diumumkan akan dibawakan pada tahun ini dan cross-play antara platform berbeza juga akan diperkenalkan pada masa akan datang.
Game co-op seperti ini pastinya sesuai untuk dimainkan bersama keluarga dan rakan-rakan dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
Minecraft Dungeons kini boleh dimainkan di PC, Xbox One, Switch dan PS4.
Comments
Loading…