Dalam sidang media Xbox di E3 2019 pagi tadi, Microsoft telah mengeluarkan trailer terbaru untuk sebuah game berdasarkan Minecraft, digelar Minecraft Dungeons.

Game ini merupakan game co-op bersama empat orang pemain, menyokong kedua-dua online dan offline co-op. Ia membawakan gameplay “dungeon crawler” yang berpandangan dari atas (seperti Diablo).

Minecraft Dungeons akan dilancarkan pada tahun hadapan.

JomKomen!