in , , , , , ,

Minecraft Bawakan Cross-Play Antara Semua Platform Termasuk PS4, Xbox One, Switch, PC Dan Mobile

Minecraft sebelum ini telahpun membawakan cross-play antara kesemua platform yang ada kecuali PS4, yang digelar kemaskini Bedrock.

Terbaru, Minecraft telahpun mengeluarkan kemaskini Bedrock ini ke PS4 yang akan membenarkan cross-play dimainkan di PS4. Bermakna, kini, kesemua pemain Minecraft di PS4, Xbox One, Switch, PC, iOS dan Android dan peranti Gear VR dibenarkan untuk bermain bersama.

Malah bukan semata-mata boleh main bersama-sama, kemaskini juga akan membawakan fungsi cross-purchase dan cross-progress. Maksudnya, segala item yang dibeli dan semua progress yang didapati dalam satu-satu platform, akan boleh diakses dari platform lain.

Pemain PS4 juga akan dibenarkan untuk mengakses hab modding yang ada di Minecraft Marketplace.

Kemaskini ini menjadikan Minecraft adalah game seterusnya selepas Fortnite yang boleh dimainkan antara platform PC, konsol dan peranti mobile — dalam satu dunia yang sama.

Terima kasih, Gamespot.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Life is Strange 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Life is Strange 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Segala Yang Diumumkan Di PlayStation State of Play - Resident Evil 3 Remake, Ghost of Tsushima Dan Banyak Lagi

Segala Yang Diumumkan Di PlayStation State of Play – Resident Evil 3 Remake, Ghost of Tsushima Dan Banyak Lagi