in ,

Minat Game Horror Adventure? Dapatkan Cayne Sebab Ianya Percuma!

Dari studio yang membangunkan Stasis, datang lagi sebuah game bergenre point-and-click horror-adventure dari studio The Brotherhood!

Cayne adalah sebuah point-and-click horror-adventure hasil ciptaan studio The Brotherhood yang kini boleh didapati di Steam. Boleh didapatkan secara percuma, Cayne adalah sebahagian daripada janji yang dibuat oleh studio ini semasa penganjuran kempen Kickstarter untuk game mereka sebelum ini iaitu Stasis.

Cayne mengisahkan seorang wanita bernama Hadley yang sedang sarat mengandung sedar di sebuah bangunan misteri. Dengan tiada memori bagaimana beliau tiba disitu, pemain perlu membantu Hadley membebaskan diri!

Jika korang meminati kisah seram, saya sangat merekomen untuk mencuba Cayne. Lagipun, ianya percuma.

Written by Azhar Yusof

Seorang PC enthusiast. Indie game lover.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Info Baru Untuk Ace Combat 7 Diumumkan Oleh Bandai Namco

Penantian Akhirnya Berakhir! Game The Avengers Akan Dibangunkan Square Enix dan Marvel!