Data miners telah menemukan sesuatu yang tidak ditampilkan dalam game ini semasa pelancaran.
Seorang pengguna Reddit, Semyel dan rakan-rakannya telah membuka data dan fail yang terdapat dalam Call of Duty: Modern Warfare Remastered. Apa yang telah ditemui adalah microtransactions dan beberapa weapon yang masih belum/tidak ditampilkan dalam game sehingga kini.
Antara weapon yang beliau temui adalah pelbagai weapon dari Black Ops dan Modern Warfare 2 serta shovel melee weapon dan Kamchatka-12 automatic shotgun.
Sama ada microtransactions dan pelbagai weapon ini sengaja diletakkan dalam fail-fail Modern Warfare Remastered tanpa sebab atau ia sememangnya adalah penambahan yang akan ditampilkan dalam kemaskini akan datang – masih belum diketahui.
Kami telah menghubungi Infinity Ward untuk mendapatkan komen mereka mengenai perkara ini. Segala penambahan info akan kami kemaskinikan dalam artikel ini.
Comments
Loading…