Kemaskini terbaru untuk Crash Team Racing Nitro-Fueled yang dilancarkan pada 2 Ogos tidak hanya memperkenalkan event baru seperti Back N. Time Grand Prix, tapi juga microtransactions.

Activision mengumumkan bahawa pemain akan dibenarkan untuk membeli “Wumpa Coins” dalam set-set bundle berbeza. Set-set bundle microtransaction akan boleh didapati dalam PlayStation Store, walaupun harga untuk setiap bundle tidak diumumkan lagi.

Activision berkata pilihan terbaru itu “tidak akan mengubah teras mekanik game tersebut”. Pemain masih boleh menerima Wumpa Coins dengan hanya terus bermain sahaja, tapi ia memerlukan banyak masa untuk grind. Set-set bundle microtransaction ini diperkenalkan bagi pemain yang mahu mengambil jalan pintas untuk proses progression mereka.

Pemain juga boleh membeli item-item seperti karakter dan barang kosmetik yang pelbagai dari kedai in-game Pit Stop. Skin terbaru yang akan hadir juga termasuklah Mad Scientist Crash, Sabretooth Pura, dan Stone Age N. Tropy.

JomKomen!