in ,

Micrososft Kata Harga Xbox Series X Akan Berpatutan Dan Mampu Milik

Sehingga kini, Sony dan Microsoft masih lagi berahsia tentang kos yang akan dikenakan kepada pengguna untuk konsol generasi akan datang masing-masing. Walau bagaimanapun, Microsoft nampaknya sudah memberikan sedikit petanda tentang harganya.

Jika dibandingkan dengan PlayStation 5, Microsoft kelihatan lebih lantang dalam mencanangkan Xbox Series X sebagai konsol paling berkuasa. Melalui hardware yang berteknologi tinggi, ramai yang tertanya, apakah ianya akan menjadi terlalu mahal?

Soalan ini telah ditanyakan oleh Eurogamer kepada wakil Xbox, Jason Ronald dalam satu temuramah. Beliau menegaskan bahawa mereka membangunkan sistem konsol ini dengan sentiasa meletakkan harga dalam ingatan. Mereka dikatakan sangat yakin dengan sistem yang mereka bangunkan, tapi dalam masa sama, mereka akan cuba berlembut dengan harga.

“Sebagai seorang gamer sejak sekian lama dan juga sebagai seorang pembangun game, kami semua sentiasa mahu lebih dan lebih dan lebih. Dalam masa sama, kami tahu kami perlu memberikan sesuatu pada harga menambat yang semua orang di dunia akan selesa dan mampu,” kata Ronald.

Selagi Sony dan Microsoft tidak mengumumkan lagi secara rasmi harga PS5 dan Xbox Series X, selagi itu kita belum boleh katakan secara muktamad yang harga konsol-konsol ini berpatutan ataupun tidak.

Kedua-dua PS5 dan Xbox Series X akan dilancarkan pada hujung tahun ini, masih belum ada tarikhnya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Mod Doom Eternal Ini Menjadikan Doom Slayer Lebih Mengerunkan Dan Merbahaya

Mod Doom Eternal Ini Menjadikan Doom Slayer Lebih Menggerunkan Dan Berbahaya

Trilogi Mass Effect Remastered Dilaporkan Sedang Dalam Pembangunan Oleh EA

Trilogi Mass Effect Remastered Dilaporkan Sedang Dalam Pembangunan Oleh EA